Meet Our Counselors

Provide assistance to people dealing with emotional difficulties, relationship issues, or life transitions. Focusing on enhancing personal growth and overall wellness.

NUR FASEHA ANNASIHAH

Pengalaman saya adalah berasaskan tugasan klinik dan kerja komuniti di mana saya telah bekerja dengan pelanggan dari pelbagai latar belakang. Saya bekerja dengan individu yang mempunyai pelbagai isu; beberapa bidang pengalaman ialah tekanan, kesukaran perhubungan interpersonal, kesedihan, trauma, kebimbangan, kemurungan, OCD dan disforia jantina.

Latarbelakang Pendidikan

  • Master of Education Guidance and Counselling (Mental Health) -UPM
  • Bachelor of Counseling – UMT

Bahasa Sokongan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Bidang Kepakaran

  • Grief, Loss & Bereavement
  • Trauma
  • Kebimbangan
  • Kemurungan
  • Career Development
  • Gender Dysphoria

SHA’ARI AHMAD

Saya Sha’ari Ahmad. Saya seorang kaunselor yang penuh dedikasi dan penyayang, berkomitmen untuk membantu individu mencapai pertumbuhan diri dan kestabilan emosi. Saya boleh memahami tentang cara berfikir manusia dan sangat semangat untuk menyokong orang lain. Saya berusaha mencipta ruang yang selamat dan bebas dari penilaian di mana klien-klien saya boleh meneroka pemikiran, perasaan, dan masalah yang mereka hadapi.

Latarbelakang Pendidikan

  • Master of Health Science, Health Psychology (UKM)
  • Bachelor of Counseling (UMT)

Bahasa Sokongan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Bidang Kepakaran

  • Trauma
  • Kemurungan & Kebimbangan
  • Tekanan & Isu Interpersonal
  • Career issues
  • Midlife crisis & Life crisis
  • Sleep issues

Meet Our Clinical Psychologists

Conduct assessments, provide diagnosis and treat various mental disorders using evidence-based therapies and interventions.

mawaddah

SYARIFAH NUR MAWADDAH

Saya seorang ahli psikologi klinikal berdaftar yang suka menimba dan berkongsi pengetahuan berkaitan psikoterapi. Antara topik yang diminati termasuk terapi individu, neuro diversity, ADHD, Autisme, Masalah pembelajaran, anxiety, kemurungan, tingkah laku yang mencederakan diri sendiri dan masalah/isu personaliti. Sedikit tambahan maklumat tentang diri saya, saya hanyalah seorang manusia biasa dan simple yang mementingkan kesihatan mental, suka alam semula jadi, sukan dan gelak-ketawa.

Latarbelakang Pendidikan

  • Master of Psychology (Clin. Psych and Counselling) (IIUM)
  • Bachelor of Human Science (psychology) (IIUM)

Bahasa Sokongan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Bidang Kepakaran

  • Borderline Personality Disorder
  • Kemurungan & Kebimbangan
  • Tekanan & Isu Interpersonal
  • ADHD & Autism

SYAMIL SOFIAH

Pengalaman saya mengajar golongan pra-universiti telah membuatkan saya lebih cenderung untuk menceburi bidang ini. Sepanjang menjadi seorang pelajar dan pada awal karier, saya telah menjadi sukarelawan untuk pelbagai jenis organisasi dan badan bukan kerajaan, termasuk komuniti orang asli dan yang kurang berkemampuan. Ini telah membantu saya menggilap kemahiran klinikal dan juga kemahiran berkomunikasi. Saya harap agar saya dapat menyediakan ruang yang selamat yang diperlukan oleh ramai, terutama golongan muda pada hari ini.

Latarbelakang Pendidikan

  • Master of Psychology (Clinical Psychology & Counseling, IIUM)
  • Bachelor of Science in English Language (Major Linguistics, IIUM)

Bahasa Sokongan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Bidang Kepakaran

  • ADHD
  • Autism
  • Mood Disorders
  • Interpersonal issues (Family Therapy)
nisa

NUR SYAHIRUNISA

Puan Nisa ialah seorang psikologi klinikal yang membantu klien mengenal pasti keadaan emosi, tingkah laku, dan kesihatan mental mereka. Beliau percaya bahawa setiap orang mempunyai cerita perjuangan mereka sendiri dan berhak untuk sembuh dari kesakitan mereka. Beliau juga menawarkan pemahaman empati dan membantu individu yang mempunyai masalah peribadi, akademik, keluarga, atau berkaitan dengan kerja yang memberi kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan psikologi mereka. Beliau berpengalaman dalam memberikan sokongan dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

Latarbelakang Pendidikan

  • Master of Human Science (Clinical Psychology & Counselling, IIUM)
  • Bachelor of Human Science (Psychology) – IIUM, Gombak

Bahasa Sokongan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Bidang Kepakaran

  • Trauma
  • Mood Disorder
  • Intra & Interpersonal Issues

 

 

amirah razak

AMIRAH RAZAK

As a clinical psychologist, my mission is to create a safe space for you to share your stories, receive support, and overcome mental and emotional challenges using appropriate therapy techniques. I understand that sharing personal experiences with a stranger can be uncomfortable. However, I believe that this discomfort marks the beginning of a transformative journey toward a more meaningful life.

Latarbelakang Pendidikan

  • Master of Psychology (Clinical) – (USM-UPSI Integrated Program)
  • Bachelor of Science in Psychology – (University of Missouri)

Bahasa Sokongan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Bidang Kepakaran

  • Trauma
  • Bipolar Disorder
  • Self-Empowerment
  • ADHD & Autism
  • Depression, Anxiety, and Panic Disorder
nisa

KHAIR BENJAMIN

Saya Khair Benjamin, seorang ahli psikologi klinikal yang sedia membantu individu yang mempunyai kecelaruan mental ataupun yang sedang bergelut dalam mengemudi liku liku kehidupan. Pengalaman kerja saya yang pelbagai dalam industri yang berbeza memberikan saya pandangan yang unik dalam peranan saya sebagai seorang psikologis klinikal, meningkatkan keupayaan saya untuk memahami dan menyokong individu dari pelbagai latar belakang.

Latarbelakang Pendidikan

  • Master of Clinical Psychology (USM-UPSI Integrated Program)
  • Bachelor of Applied Psychology HONS (City University)

Bahasa Sokongan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Bidang Kepakaran

  • Mood Disorders (Depression & Anxiety)
  • Career & Work Stress
  • Relationship Issues/Marital Grief
  • Self-harm
  • ADHD & Autism

 

 

amirah razak

KHULDIAH IMAN

Saya seorang psikologis klinikal berdaftar tetapi juga seorang yang santai dan fleksibel. Saya memberi tumpuan kepada pemerkasaan diri (Self-empowerment), membentuk kasih diri (Self-love) yang positif dan menetapkan Batasan (Boundaries) yang sihat. Setiap individu menghadapi cabaran dan konflik masing-masing, mengesahkan (Validating) emosi dan terus bergerak ke hadapan adalah sesuatu yang saya tekankan dalam setiap sesi dalam mengendalikan kesulitan emosi dalam menguruskan krisis fungsi harian di rumah atau tempat kerja.

Latarbelakang Pendidikan

  • Master of Clinical Psychology (UKM)
  • Bachelor of Human Science (psychology) (UKM)

Bahasa Sokongan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Bidang Kepakaran

  • Managing boundaries, self-empowerment
  • Kemurungan & Kebimbangan
  • Tekanan & Isu Interpersonal
  • Borderline Personality Disorder
  • Bipolar Disorder
  • Gender and sexual related disorder
  • Neurodevelopmental disorders- ADHD & Autism
nisa

NAJWANI RAZALI

Saya seorang Psikologi Klinikal berdaftar. Saya percaya setiap individu di dunia ini mengalami cabaran dan mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi cabaran tersebut. Keunikan yang ada pada setiap individu mempunyai potensi yang besar bagi membolehkan mereka menggunakannya untuk bertahan dalam dunia yang epik ini. Walau bagaimanapun, sepanjang perjalanan, ada kalanya kita mungkin tersasar dari landasan, yang melibatkan terlalu banyak halangan. Oleh kerana itu, kita mungkin merasa kehilangan arah dan mengalami kesulitan untuk kembali ke landasan. Namun, tidak mengapa untuk merasa begitu kerana kita semua adalah manusia. Oleh itu, meminta bantuan dan mencari pertolongan adalah pilihan atau mungkin penting untuk membantu kita kembali ke landasan. Fokus pada kekuatan diri dan pembelajaran dari pengalaman lampau adalah penting yang mungkin membantu kita kekal di landasan.

Latarbelakang Pendidikan

  • Master of Psychology (Clinical Psychology & Counselling, IIUM)
  • Bachelor of Computer Science (IIUM)

Bahasa Sokongan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Bidang Kepakaran

  • Kemurungan
  • Kebimbangan
  • Stress-related
  • Interpersonal issue
  • Bipolar disorder
  • Trauma
  • Emotional Disturbances
  • Pemerkasaan diri
nisa

HAZIRAH

Sebagai seorang psikologis klinikal dan advokasi kesihatan mental, saya di sini merupakan pemangkin bagi membantu menyediakan ruang yang sihat serta selamat untuk berdiskusi tentang kesejahteraan psikologi dan cabaran emosi. Saya amat komited untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mental dan mengurangkan stigma yang menyelubungi isu-isu berkaitan kesihatan mental di Malaysia. Saya percaya bahawa semua orang berhak mendapat akses kepada penjagaan kesihatan mental yang berkualiti, dan saya berdedikasi untuk menjadi sebahagian daripada usaha itu.

Latarbelakang Pendidikan

  • Master of Psychology (Clinical), (USM-UPSI Integrated Program)
  • Bachelor of Science (Hons) Psychology, (York St John University)

Bahasa Sokongan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Bidang Kepakaran

  • Bipolar, Depressive, Anxiety, Obsessive-Compulsive Disorders.
  • Personality-related disorders.
  • Parent Management Training (PMT) for neurodevelopmental disordered children (Autism and ADHD)
  • Stress and Burnout
  • Relationship/Marital Struggles