MENTAL HEALTH SUPPORT MADE ACCESSIBLE

Ahli terapi yang mesra, masa sesi yang fleksibel dan penjagaan yang berpatutan

Servis Terapi Psikologi Secara Online

Nampak seakan perkara remeh, masalah kesihatan mental sering diabaikan. Di Payung Redup, kami amat komited untuk menyediakan ruang yang selamat untuk anda berkongsi masalah, seterusnya sembuh dan berasa lebih baik semula.

Misi kami adalah untuk menjadikan penjagaan kesihatan mental berpatutan dan boleh diakses di mana-mana tanpa sesiapa mengetahuinya dan anda tidak berasa malu. Kami menawarkan perkhidmatan pemeriksaan dan perundingan kesihatan mental secara online, terbuka untuk kanak-kanak, orang dewasa dan syarikat korporat yang peka terhadap perasaan pekerja mereka. Servis ini termasuk nasihat berkenaan kebimbangan kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, tekanan, keletihan dan banyak lagi.

Perkhidmatan Utama Kami

Selamat datang ke perkhidmatan terapi psikologi online kami. Kami komited untuk menyediakan sokongan menyeluruh demi kesejahteraan mental anda.

online mental health screening

Saringan Kesihatan Mental Percuma

Dapatkan saringan pemeriksaan kesihatan mental online secara percuma. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menjawab beberapa soalan mudah melaui pautan ini.

psikologi orang dewasa

Konsultasi Ringkas Online

Dapatkan saringan ringkas kesihatan mental anda dengan kami secara online dan terima bimbingan serta nasihat awalan daripada ahli terapi profesional kami.

servis korporat

Terapi Psikologi Secara Online

Kami faham bahawa mendapatkan terapi memerlukan keberanian, dan kami berada di sini secara online untuk bantu anda ke arah kesihatan mental yang lebih baik.

Cara Untuk Dapatkan Sesi Terapi Online

Terapi psikologi online kami direka untuk menyediakan sokongan yang mudah dan boleh diakses di mana sahaja anda berada.

select therapist

1. PILIH TERAPIS ANDA

Lihat latar belakang terapis.

time session for therapy

2. PILIH SESI TERAPI

Pilih masa yang sesuai untuk sesi.

book therapy slot

3. TETAPKAN TEMUJANJI

Sahkan waktu temujanji anda.

online therapy

4. MULAKAN SESI TERAPI ANDA

Sertai sesi terapi anda yang pertama.

promo english

Masukkan kod promo ini ketika anda menempah servis Personalized Mental Health Screening untuk mendapatkan harga istimewa ini!